15
06
2009
Salam sejahtera buat pembaca blog yang setia. Kali ini topik saya lebih tertumpu kepada perniagaan di Lelong.com.my. Ramai yang ingin berniaga secara home based business ini tapi ramai juga yang tidak tahu bagaimana cara yang terbaik khususnya untuk berniaga secara online.
Perniagaan di lelong ini sebenarnya banyak kebaikkan sekiranya anda mempunyai produk-produk fizikal. Apabila anda membuat perniagaan produk fizikal ini anda akan berhubung rapat dengan perkhidmatan seperti POS LAJU dan sebagainya perkhidmatan kurier yang lain.
Saya akan memberi info-info yang berkaitan berkenaan Perniagaan Produk Fizikal dan Panduan Perniagaan di Lelong.com.my. Artikel-artikel yang akan saya keluarkan dari blog ini adalah seperti berikut:
- Perlu bina website ker kalau nak niaga??
- Control Panel akaun lelong.com.my
- Akaun Seller Lelong
- Perbezaan Buy Now & Bid
- Kos Penghantaran
- Relist Items
- iAccounts & Top Up
- Bagaimana Polisi JOY BIDDER
- Mengekalkan Feedback Rating Anda
Oleh itu saya harap anda jangan ketinggalan untuk mengikut panduan-panduan yang akan paparkan dari masa ke semasa
. Adios..
Popularity: 95% [?]
Comments : 4 Comments »
Categories : Review
13
06
2009
Menjana RM3500 hanya melalui FORUM?? Tak mungkin..
Pendedahan eksklusif ini oleh IM kita. Apalagi jom lah…
Popularity: 88% [?]
Comments : No Comments »
Categories : Download, Produk
11
06
2009
Kita pasti biasa mendengar ungkapan seperti ini.Dalam pemasaran internet ungkapan ini merujuk kepada senarai nama email yang kita kumpul dan simpan. Ramai yang tahu akan kepentingan membina senarai email kerana keberkesanannya memang sangat terbukti tetapi kesedaran di kalangan kita masih kurang dan kita lebih suka memilih cara pemasaran yang susah daripada menggunakan kaedah mudah seperti melalui pemasaran melalui email ini.
DOWNLOAD PERCUMA!!
Tanyalah kepada Pemasar Internet terkenal sama ada luar dan dalam negara seperti Patric Chan dan Irfan Khairi,kesemua mereka pasti memiliki senarai email tersendiri,yang digunakan untuk berhubung dan senjata promosi kepada pelanggan mereka. Pun begitu di Malaysia, masih terlalu sedikit yang mempunyai kesedaran untuk mula membina senarai email sendiri. Mungkin pendedahan tentang kuasa pemasaran email hanya didedahkan secara umum sahaja. Cuba anda bayangkan,jika anda mempunyai senarai email sebanyak 2000, kemudian anda jual produk dengan harga rm 30.00. Seterusnya anda hantarkan sebuah email promosi kepada mereka. Jika hanya 20% sahaja pun daripada senarai email anda tersebut membeli,anda sudah mendapat keuntungan sebanyak rm 12,000.Begitulah hebatnya kuasa pemasaran email. Jika selama ini anda tidak mengendahkan tentang kepentingan senarai email serta anda ingin tahu apakah kelebihan dan tips berkenaan pemasaran email,saya ada sebuah ebook percuma untuk anda.Sila dapatkannya di sini:
DOWNLOAD PERCUMA!!
Popularity: 98% [?]
Comments : No Comments »
Categories : Download
1
06
2009

Inilah Hasil jualan yang telah saya buat di lelong.com.my. Kalau kena produknya, pasti ada permintaan
Popularity: 96% [?]
Comments : 5 Comments »
Categories : Meja Penulis
1
06
2009

Dalam menjalani perniagaan di Lelong.com.my. Kepuasan Pelanggan kita perlu diutamakan. Meningkatkan anda punya rating dan feedback secara tidak langsung juga meningkatkan jualan produk online store anda di lelong.com.my. Bagi saya rating & feedback memang perlu bagi saya untuk meningkatkan taraf perniagaan saya dan juga keyakinan pembeli terhadap produk-produk yang dijual. Gambar di atas merupakan keratan dari feedback pembeli-pembeli saya di http://lingerieshop77.lelong.com.my
Popularity: 78% [?]
Comments : No Comments »
Categories : Meja Penulis
Recent Comments