Kepada anda semua yang sudi meluangkan masa ke atas blog ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan lebih bermakna di dalam kehidupan anda. Mulakan azam baru anda dengan semangat waja…Tahun baru nih azam tuh ada lah nak membesarkan bisnes heheheheehhe….insyallah harap di murahkan rezeki… Akhir-akhir ini ramai usahawan2 baru yang menceburi ebay…Setelah membeli dan membaca buku Sifu Lan trasa nak buat jugak di ebay nih… baru jek gatal2 nak mencuba nasib di sana.. Banyak betul nak kena belajar kat ebay nih rupanya…tapi menarik jugak lah… Menjual di Lelong pun sebenarnya menarik juga…cuma lelong nih menjual barang dalam negara jek laa..
Seronok menjual barang fizikal nih sebab barang2 kita packaging sendiri, dan menentukan stok perlu sentiasa ada.. dan juga maintain kan jualan dan maintain Feedback yang paling penting. Ok lah itu saja post kali ini, lain kali saya ceritakan tentang bagaimana nak mendapatkan barang2 fizikal untuk dipasarkan pula ya.
Meja Penulis
Ebay, Lelong
Salam sejahtera buat pembaca blog ini. agak lama juga saya tidak mengemaskini blog saya ini. Ini merupakan step pertama awal tahun baru ini untuk mengaktifkan diri dalam blog nih..Azam baru??…Hmmm..Azam baru n idea terbaru masih dalam lagi proses..agak2 nak mengembangkan bisnes kut…hehehe..
Memang saya akui tahun 2008 saya kurang mengupdatekan blog saya ini. Dan juga tiada produk digital yang nak dipasarkan…Ini dsbbkan saya sbuk dgn menjadi peniaga di Lelong.com.my. :) Actually menjual produk fizikal nih tidak kurang juga hebat dan seronoknya..Baru ada pengalaman buat Home Based Bisnes..heeheh..
Menjual di Lelong nih nak kena maintain feedback baru lah orang percaya nak membeli dgn kita. Sebarang tempahan yang telah dibayar perlu dihantar dgn segera agar pembeli tidak marah. Janji Feedback yang penting. Sekurang-kurangnya menjual di Lelong nih busuk-busuk pun setiap minggu bersih tuh adalah dalam RM100-200.00 Jadilah…Janji ada jek pembeli setiap minggu…Ok lah tuh pelan-pelan.. :) Perancangan nak buat ebook lagi tuh tetap ada tetapi nak membuatnya tuh makan masa lah juga…tapi nak buat ebook tajuk apa lagik ekk?? Semua pakar2 n otai2 pun dah ada di Malaysia nih..hehehe..
Meja Penulis
Penulis, Updated
Salam sejahtera kepada pembaca blog saya. Kali ini apa yang saya nak hebahkan bahawa saya telah bertukar arus..Ya..saya telah bertukar arus. Hehehehe dari menjual produk digital kepada produk sebenar. Untuk makluman semua saya telah menjadi peniaga di Lelong.com.my. Maksud saya saya menjual barang lah. Semenjak kebelakangan ini saya sibuk dengan tempahan produk-produk dari pembeli dan juga saya sekarang nih sedang berkursus di luar negeri Johor. Ok lah dengan tidak membuang masa saya menjemput anda semua menjenguk di online shop saya di SINI. Juma laik yak!!
Meja Penulis
Baru, Lelong
Ramai yang mungkin tertanya-tanya pada diri sendiri, nak jual barang atau nak jual produk informasi??..Tepuk dada tanya selera..Tapi yang penting anda FOKUS. Sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang jarang atau mungkin orang tidak tahu, anda ada potensi untuk maju dalam menjual produk informasi. Tapi sekiranya tiada pengetahuan tapi ada barang yang boleh dijual itu pun sudah boleh mulakan bisnes online. Tapi bagaimana kalu anda TIADA BARANG dan TIADA PRODUK INFORMASI dan masih ingin nak bisnes di online. Bagaimana yek?? Saya tak mahu cerita lagik bagaimana nak buat..
Kajian Kes - Anda Ada Sumber Informasi Yang Boleh Dijual!
Ok..Jom kita lihat untuk kajian yang pertama…Anda ada sumber informasi yang bernilai yang boleh anda jualkan di internet. Tetapi belum tentu orang akan membelinya..dan produk informasi anda itu ditujukan kepada golongan yang macammana. Sebelum anda memulakannya anda tulis lah perancangan anda terlebih dahulu di atas kertas. Huh kalu nak cerita nih satu persatu tak abih nih.. shortcutnya..Anda perlukan pengetahuan tentang informasi yang hendak dijualkan itu. Actually pelbagai cara boleh anda belajar bagaimana nak menjual produk-produk informasi ini. Otai-otai yang telah berjaya di Malaysia tidak kurang banyak juga yang mengeluarkan Panduan-panduan yang boleh anda dapati. Saya syorkan anda join Komuniti forum Wangcyber kerana di sana banyak otai-otai yang berpengalaman berkumpul di sana.
Kajian Kes - Anda Mempunyai Barang Yang Boleh Dijual!
Bila anda ada barang yang boleh dijual, anda pasti akan memikirkan jalan manakah yang terbaik untuk menjual barang anda. Maksud saya ialah adakah anda akan membuat online shop sendiri dengan menggunakan domain & hosting sendiri atau menjualkannya di ebay atau lelong? Apabila anda mempunyai domain & hosting sendiri anda perlu pula tahu menggunakan aplikasi Zencart ataupun OSCommerce utk online shop anda itu. Bagi yang baru nak bermula membuat online shop saya syorkan yang percuma dahulu di Hinetmedia. Agak mudah cpanelnya untuk anda menguruskan kedai online shop anda sendiri. Pada pendapat saya, yang terbaik sekiranya anda orang baru dan mempunyai barang yang boleh dijual, join saja Lelong ataupun Ebay. Secara tidak langsung anda juga sudah mempromosikan produk anda itu. Tipss dari saya, sebelum anda membuka online store di Lelong ataupun Ebay, beli dulu barang-barang dari sana dapatkan Feedback yang baik dari seller. So, anda sudah dapat feedback yang baik dan ini akan meyakinkan orang untuk membeli barangan dari anda kelak…belilah barang-barang yang murah dulu..then dapatkan feedback seller terhadap anda. Mudah bukan..Untuk membuka store di Lelong anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM 168.00 untuk setahun manakala kalau di EBay pula lebih kurang USD5.00 kalu tidak silap saya lah.. Control panelnya di Lelong dan juga Ebay memang mudah tak macam Zencart dan OSCommerce yang memeningkan kepala dan memudahkan kita give up untuk menjual. Memang benar ada Domain & Hosting sendiri lebih baik, namun anda harus ketahui juga bahawa anda perlu sedikit sebanyak belajar tentang HTML dan membuat borang tempahan dan sebagainya..Melainkan anda punyai modal yang tinggi boleh upah sahaja..Website siap dengan borang tempahan..Tetapi anda harus fikir juga bagaimana sekiranya nak update barang-barang anda dalam website di lain masa?? Nak upah lagik ker?? So bagi saya the BEST SOLUTION taknak pening kepala jual jek dalam Ebay dan Lelong yang sudah tentunya ramai pengunjungnya. Terpulang lah pada anda sendiri..macam saya kata Tepuk Dada Tanya Selera..
Kajian Kes - Anda Tiada Barang Tetapi Anda Nak Menjual?? Bagaimana??
Baiklah untuk yang last nih saya savekan pada artikel saya yang kan datang..Saya akan beritahu tentang mana nak cari sumber-sumbernya, dan saya telah pun melaksanakannya..Ikuti artikel seterusnya yek..Agar anda tidak ketinggalan Subscribe lah Download Percuma ini dengan mengisi email anda di kotak yang disediakan di Sidebar tuh… Jumpa laik..
Meja Penulis
Bagaimana, Teknik, Tips

Baru-baru ini sedang asyik melayari internet terjumpa satu laman website yang menawarkan free hosting. Maksud saya disini anda buleh meletakkan nama domainanda.com. Tak percaya?? Betul tak tipu punya. saya pun baru jek daftarkan diri kat sana..Hyperwebenable Anda boleh lihat sendiri kalu tak percaya. Just daftarkan diri dan masukkan nama domain yang anda kehendaki dan tunggu conform melalui email anda. Sungguh mudah bukan??..Jom kita buat domain free..di Hyperwebenable sekarang lah beb..1GB webspace, Unlimited email (info@yoursitename.com,contact@yoursitename.com)
Meja Penulis
Domain, Free, Hosting, Percuma
Pernahkah anda terfikir untuk membina forum anda sendiri tetapi budget tak cukup nak beli hosting n domain ataupun tidak tahu bagaimana nak bina forum. Saya ada jawapannya. Sekiranya anda mahu membiasakan diri untuk membina forum anda, anda boleh cuba-cuba di SINI. Forum ini anda boleh bina sendiri secara PERCUMA sahaja. Yang perlu anda hanya daftarkan diri anda di sana. Panelnya juga friendly user. Anda boleh kodek-kodek kalu nak tahu fungsinya setiap panel yek..Oklah itu sahaja yang ingin saya kongsikan bersama anda. Di bawah adalah gambar depan webnya:- Boleh klik untuk ke laman membuat Forum Percuma.

Meja Penulis, Review
Forum, Percuma
Salam sejahtera buat pembaca blog saya. Kali ini saya nak kongsi cerita tentang pc saya yang sudah korup kena virus. Nama virusnya Windows Antivirus 2008. Ya virus ini telah menggunakan nama Windows utk mempromosikan produk spy ware. Sekiranya anda terinstall windows antivirus tsb, kononnya dia chek anda punya pc sistem mengatakan pc anda banyak spy ware then suruh beli produk Windows anti Virus 2008. Apabila anda connect ngan internet maka banyak paparan yang menyuruh anda beli produk tsb…[B]Anda jgn beli.[/B] Sekiranya anda beli dgn menggunakan kad kredit, dia
boleh mencuri no kad anda. BAHAYA!!.. Anda boleh rujuk Di Sini
Meja Penulis
Virus
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog saya. First of all, saya mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog yang tak seberapa nih..Ok lah nama blog nih pun Download Percuma , so anda buleh lah download seberapa banyak yang buleh download di blog saya ini. Semua produk yang saya beri ini semuanya PERCUMA . Saya akan cuba memenuhi blog ni dengan sumber-sumber percuma serta juga review produk-produk digital terkini. Kalau anda rasa blog ini menarik bulehlah subscribe blog ini dengan klik: Subscribe to Download Percuma by Email
Permintaan saya hanya satu sahaja, bila anda dah download bagilah sepatah dua kata ..bukannya apa saya mahu menambah sahabat handai di online ini. Dowload Percuma ini masih lagi baru, dan saya akan cuba memenuhkan blog ini dengan sumber-sumber percuma nanti. Sekian terima kasih.
Meja Penulis
Penulis
Recent Comments