Lelong.com.my dan Anda!?

15 06 2009

LSalam sejahtera buat pembaca blog yang setia.  Kali ini topik saya lebih tertumpu kepada perniagaan di Lelong.com.my.  Ramai yang ingin berniaga secara home based business ini tapi ramai juga yang tidak tahu bagaimana cara yang terbaik khususnya untuk berniaga secara online.

Perniagaan di lelong ini sebenarnya banyak kebaikkan sekiranya anda mempunyai produk-produk fizikal.  Apabila anda membuat perniagaan produk fizikal ini anda akan berhubung rapat dengan perkhidmatan seperti POS LAJU dan sebagainya perkhidmatan kurier yang lain.

Saya akan memberi info-info yang berkaitan berkenaan Perniagaan Produk Fizikal dan Panduan Perniagaan di Lelong.com.my.  Artikel-artikel yang akan saya keluarkan dari blog ini adalah seperti berikut:

  • Perlu bina website ker kalau nak niaga??
  • Control Panel akaun lelong.com.my
  • Akaun Seller Lelong
  • Perbezaan Buy Now & Bid
  • Kos Penghantaran
  • Relist Items
  • iAccounts & Top Up
  • Bagaimana Polisi JOY BIDDER
  • Mengekalkan Feedback Rating Anda

Oleh itu saya harap anda jangan ketinggalan untuk mengikut panduan-panduan yang akan paparkan dari masa ke semasa :) .   Adios..


Popularity: 95% [?]



Sapa kata bukak Lelong store tidak boleh buat duit?

1 06 2009

mbb1

Inilah Hasil jualan yang telah saya buat di lelong.com.my.   Kalau kena produknya, pasti ada permintaan :)

Popularity: 96% [?]



Rating & FEEDBACK!!

1 06 2009

loo2

Dalam menjalani perniagaan di Lelong.com.my. Kepuasan Pelanggan kita perlu diutamakan. Meningkatkan anda punya rating dan feedback secara tidak langsung juga meningkatkan jualan produk online store anda di lelong.com.my. Bagi saya rating & feedback memang perlu bagi saya untuk meningkatkan taraf perniagaan saya dan juga keyakinan pembeli terhadap produk-produk yang dijual. Gambar di atas merupakan keratan dari feedback pembeli-pembeli saya di http://lingerieshop77.lelong.com.my :)

Popularity: 78% [?]



Verified Lelong Seller

9 04 2009

big_bronze_mbrSalam sejahtera buat semua pembaca blog saya.  Kali ini saya nak cerita sikit tentang perniagaan di Lelong.com.my.  Actually perniagaan di Lelong nih menarik sangat.  Saya dah hampir 2 tahun berniaga di sana.  Alhamdullilah, pendapatan tuh  sentiasa ada.  Permintaan  pun sentiasa  ada.  Yang penat nak kena hantar barang ke pejabat pos setiap hari :) .

Sumber Produk Yang Boleh Kita Dapat.??

Ok saya akan beritahu anda beberapa sumber produk yang boleh anda dapat.  Anda boleh dapat sumber produk fizikal anda melalui :

  • DHGate.com
  • Alibaba.com
  • Beltal.com
  • Melalui produk-produk MLM di Malaysia
  • Ayer Hitam – Johor
  • Padang Besar – Perlis
  • Bukit Kayu Hitam- Kedah

Barang-barang yang boleh kita dapati di Malaysia contohnya, anda boleh membeli secara borong dengan penjual.  Sudah tentu harga membeli secara borong jauh lebih rendah dari harga biasa.  Mudah bukan? :)   Ok lah sampai sini sahaja artikel kali ini nantikan saya akan menulis laik.  :)   Sebarang pertanyaan tentang jualan produk fizikal ini saya sudi menjawapnya.

Popularity: 77% [?]



Stok Sudah Sampai!!

21 01 2009

img_2283

Stok Lingerie sudah sampai. 7 hari menunggu akhirnya sampai juga.  Alhamdullilah tiada masalah dengan kastam.  Hoho..hohohoh..kini dah buleh dipasarkan di Lelong.com.my.  Sesiapa yang berminat nak membeli boleh lihat di http://lingerieshop77.lelong.com.my

Bagi sesiapa yang berminat nak membeli Lingerie nie tapi tiada akaun lelong, boleh download KATALOG.  Sebarang pertanyaan boleh soal jawab di sini ya. TQ :)

Popularity: 35% [?]



Selamat Tahun Baru 2009!!

1 01 2009

Kepada anda semua yang sudi meluangkan masa ke atas blog ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru.  Semoga  dengan kedatangan tahun baru ini akan lebih bermakna di dalam kehidupan anda.  Mulakan azam baru anda dengan semangat waja…Tahun baru nih azam tuh ada lah nak membesarkan bisnes heheheheehhe….insyallah harap di murahkan rezeki… Akhir-akhir ini ramai usahawan2 baru yang menceburi ebay…Setelah membeli dan membaca buku Sifu Lan trasa nak buat jugak di ebay nih… baru jek gatal2 nak mencuba nasib di sana..  Banyak betul nak kena belajar kat ebay nih rupanya…tapi menarik jugak lah…  Menjual di Lelong pun sebenarnya menarik juga…cuma lelong nih menjual barang dalam negara jek laa..

Seronok menjual barang fizikal nih sebab barang2 kita packaging sendiri, dan menentukan stok perlu sentiasa ada.. dan juga maintain kan jualan dan maintain Feedback yang paling penting.   Ok lah itu saja post kali ini, lain kali saya ceritakan tentang bagaimana nak mendapatkan barang2 fizikal untuk dipasarkan pula ya. 

Popularity: 23% [?]



Bertukar Arus?? Lelong!!

3 11 2008

Salam sejahtera kepada pembaca blog saya.  Kali ini apa yang saya nak hebahkan bahawa saya telah bertukar arus..Ya..saya telah bertukar arus.  Hehehehe dari menjual produk digital kepada produk sebenar. Untuk makluman semua saya telah menjadi peniaga di Lelong.com.my. Maksud saya saya menjual barang lah.  Semenjak kebelakangan ini saya sibuk dengan tempahan produk-produk dari pembeli dan juga saya sekarang nih sedang berkursus di luar negeri Johor.  Ok lah dengan tidak membuang masa saya menjemput anda semua menjenguk di online shop saya di SINI.  Juma laik yak!!

Popularity: 23% [?]