Video Panduan Lelong

Archive

Posts Tagged ‘online’

Perlu bina website ker kalau nak niaga??

July 7th, 2009

Nak berniaga secara online tapi tidak tahu yang mana satu nak pilih. Nak buat website ker, nak join forum ker, atau nak join ebay dan lelong. Sebenarnya semua ini bergantung kepada diri anda sendiri. Sekiranya anda banyak modal buleh lah upah membuat website yang rata-rata kosnya diantara RM 150 – RM300. Itu hanya website sahaja, tapi anda harus ingat bahawa ayat-ayat jualan serta produk-produk jualan perlu diisi oleh anda sendiri. Makna kata anda sedikit sebanyak kena tahu caranya dan at least kena tahu html kod jugak. Memang makan masa juga jawabnya nak buat sehingga dipublishkan diserver. Oh ya anda juga perlu langgan domain dan hosting setiap tahun serta perlu tahu bagaimana nak upload ke server setelah website anda siap.

Seterusnya menjual melalui forum-forum. Ini merupakan medium jualan yang paling mudah dan berkesan :) . Tapi sebelum menjual anda perlu lah tahu etika berforum ini. Dan pilihlah forum yang bersesuaian. Kini kebanyakkan forum-forum memberi sewaan thread kepada forumer untuk menjual barang-barang mereka. Dengan sewaan setiap bulan anda boleh bukak thread anda sendiri dan menjual produk anda. Disini kebaikannya anda berkomunikasi secara langsung (makna kata macam chit-chat lah jugak). Memang tidak dapat dinafikan medium ini berjaya menarik pembeli. Anda boleh melihat sendiri sebagai contohnya forum wanita melayu yang mempunyai ramai bilangan ahlinya berjumlah 43,042. Ramai pembeli dan penjual yang berjaya disini. Anda boleh melihat sendiri service mereka terhadap pembelinya.

Ebay dan Lelong…saya kan terangkan lagi di artikel hadapan :)

Popularity: 82% [?]

Review , ,