Bisnes Online..Produk Informasi atau Jual Barang??
Ramai yang mungkin tertanya-tanya pada diri sendiri, nak jual barang atau nak jual produk informasi??..Tepuk dada tanya selera..Tapi yang penting anda FOKUS. Sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang jarang atau mungkin orang tidak tahu, anda ada potensi untuk maju dalam menjual produk informasi. Tapi sekiranya tiada pengetahuan tapi ada barang yang boleh dijual itu pun sudah boleh mulakan bisnes online. Tapi bagaimana kalu anda TIADA BARANG dan TIADA PRODUK INFORMASI dan masih ingin nak bisnes di online. Bagaimana yek?? Saya tak mahu cerita lagik bagaimana nak buat..
Kajian Kes – Anda Ada Sumber Informasi Yang Boleh Dijual!
Ok..Jom kita lihat untuk kajian yang pertama…Anda ada sumber informasi yang bernilai yang boleh anda jualkan di internet. Tetapi belum tentu orang akan membelinya..dan produk informasi anda itu ditujukan kepada golongan yang macammana. Sebelum anda memulakannya anda tulis lah perancangan anda terlebih dahulu di atas kertas. Huh kalu nak cerita nih satu persatu tak abih nih.. shortcutnya..Anda perlukan pengetahuan tentang informasi yang hendak dijualkan itu. Actually pelbagai cara boleh anda belajar bagaimana nak menjual produk-produk informasi ini. Otai-otai yang telah berjaya di Malaysia tidak kurang banyak juga yang mengeluarkan Panduan-panduan yang boleh anda dapati. Saya syorkan anda join Komuniti forum Wangcyber kerana di sana banyak otai-otai yang berpengalaman berkumpul di sana.
Kajian Kes – Anda Mempunyai Barang Yang Boleh Dijual!
Bila anda ada barang yang boleh dijual, anda pasti akan memikirkan jalan manakah yang terbaik untuk menjual barang anda. Maksud saya ialah adakah anda akan membuat online shop sendiri dengan menggunakan domain & hosting sendiri atau menjualkannya di ebay atau lelong? Apabila anda mempunyai domain & hosting sendiri anda perlu pula tahu menggunakan aplikasi Zencart ataupun OSCommerce utk online shop anda itu. Bagi yang baru nak bermula membuat online shop saya syorkan yang percuma dahulu di Hinetmedia. Agak mudah cpanelnya untuk anda menguruskan kedai online shop anda sendiri. Pada pendapat saya, yang terbaik sekiranya anda orang baru dan mempunyai barang yang boleh dijual, join saja Lelong ataupun Ebay. Secara tidak langsung anda juga sudah mempromosikan produk anda itu. Tipss dari saya, sebelum anda membuka online store di Lelong ataupun Ebay, beli dulu barang-barang dari sana dapatkan Feedback yang baik dari seller. So, anda sudah dapat feedback yang baik dan ini akan meyakinkan orang untuk membeli barangan dari anda kelak…belilah barang-barang yang murah dulu..then dapatkan feedback seller terhadap anda. Mudah bukan..Untuk membuka store di Lelong anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM 168.00 untuk setahun manakala kalau di EBay pula lebih kurang USD5.00 kalu tidak silap saya lah.. Control panelnya di Lelong dan juga Ebay memang mudah tak macam Zencart dan OSCommerce yang memeningkan kepala dan memudahkan kita give up untuk menjual. Memang benar ada Domain & Hosting sendiri lebih baik, namun anda harus ketahui juga bahawa anda perlu sedikit sebanyak belajar tentang HTML dan membuat borang tempahan dan sebagainya..Melainkan anda punyai modal yang tinggi boleh upah sahaja..Website siap dengan borang tempahan..Tetapi anda harus fikir juga bagaimana sekiranya nak update barang-barang anda dalam website di lain masa?? Nak upah lagik ker?? So bagi saya the BEST SOLUTION taknak pening kepala jual jek dalam Ebay dan Lelong yang sudah tentunya ramai pengunjungnya. Terpulang lah pada anda sendiri..macam saya kata Tepuk Dada Tanya Selera..
Kajian Kes – Anda Tiada Barang Tetapi Anda Nak Menjual?? Bagaimana??
Baiklah untuk yang last nih saya savekan pada artikel saya yang kan datang..Saya akan beritahu tentang mana nak cari sumber-sumbernya, dan saya telah pun melaksanakannya..Ikuti artikel seterusnya yek..Agar anda tidak ketinggalan Subscribe lah Download Percuma ini dengan mengisi email anda di kotak yang disediakan di Sidebar tuh… Jumpa laik..
Popularity: 29% [?]










Recent Comments